Saturday, November 14, 2009

CIKGU HAMID BERPINDAH

Cikgu Abd Hamid B Jalil ( Pemimpin Pengakap Khas SMKIF ) telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pendidikan di SMK Panji Alam, Kuala Terengganu. Pihak Pengakap SMKIF mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya..

Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Mohamad B Muda ( Pen Pemimpin Pengakap Khas SMKIF) diatas pelantikan sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas SMKIF

PERKHEMAHAN PENGAKAP KELANA NEGERI TERENGGANU & KELANASISWA PANTAI TIMUR 2009

ASC kelana telah menyediakan kertas cadangan untuk mengadakan perkhemahan pengakap kelana negeri terengganu & kelanasiswa pantai timur 2009.. InsyaAllah jika mendapat kelulusan dari majlis exco MPNT perkhemahan tersebut akan diadakan pada 24 hingga 26 Disember 2009.. Ahli Pengakap Kelana SMKIF diminta bersedia.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 6R SMKIF

Perkhemahan unit beruniform 6R SMKIF akan diadakan sepertmana malumat berikut :
tarikh : 17 hingga 19 Nov 2009
tempat : Agro Peladang & Resort,Setiu
unit : 1. Pengakap Kelana
2. Kadet Pertahanan Awam
3. Kadet Bomba & Penyelamat
4. Kadet Polis