Saturday, January 30, 2010

JAMBORI BUDAYA SERUMPUN MALAYSIA -INDONESIA

AHLI PENGAKAP (MUDA,REMAJA & KELANA ) SERTA PEMIMPIN YG BERMINAT BOLEH JUMPA SAYA DENGAN SEGERA UNTUK MAKLUMAT TEMPAHAN TIKET AIR ASIA....LG CEPAT LAGI MURAHHH!!!!!

MAKLUMAT JAMBORI :

TARIKH : 08 - 12 JUN 2010
TEMPAT : TANAH DATAR,SUMATERA BARAT

PERGERAKAN KONTINJEN TERENGGANU :

PERGI : 06 & 07 JUN 2010
PULANG: 13 & 14 JUN 2010

Tuesday, January 12, 2010

PENDAFTARAN & YURAN 2010

Semua ahli pengakap ( baru & lama ):

Sila serahkan borang pendaftaran kokurikulum ( unit beruniform ) kepada saya dengan segera. Bayaran yuran pengakap untuk Tahun 2010 hendaklah dijelaskan
SEBELUM 28 FEBRUARI 2010

KURSUS PENGURUSAN UNIT BERUNIFORM

Unit Kokorikulum SMKIF akan mengadakan Kursus Pengurusan Unit Beruniform.
Maklumat program adalah seperti berikut:
1. Nama Program : kursus Pengurusan Unit Beruniform
2. Tarikh : 14 -16 Januari 2010
3. Tempat : Peladang Agro Resort, Setiu
4. Bil Peserta : 40 orang

( Ketua,Timbalan dan Setiausaha setiap unit wajib hadir )

Tuesday, January 5, 2010

MESYUARAT AGUNG UNIT BERUNIFORM

mesyuarat agung semua unit beruniform SMKIF akan diadakan pada 7/1/2010 jam 1.00 ptg..

Monday, December 28, 2009

PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2009

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Terengganu & Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan Ujian Pertarafan Pengakap Raja Negeri Terengganu pada 20-22 Disember 2009 yang lalu di Kem Telaga Batin.

Seramai 25 ahli pengakap remaja dari seluruh negeri Terengganu yang telah lulus Ujian Pra Pentarafan telah menyertai ujian tersebut. Ketua Trup Pengakap 007 Kuala Terengganu SMK Ibrahim Fikri,Muhammad Shahrul Nizam B Mohd Ghazali adalah salah seorang ahli pengakap yang telah layak untuk menghadiri Ujian tersebut,

Tahniah kepada beliau kerana setelah diuji & dinilai oleh para Penguji Pengakap Raja beliau telah lulus dalam ujian tersebut dan akan dianugerahkan Sijil Pengakap Raja yaang akan disamapaikan oleh DYMM Tuanku Pemangku Raja. Beliau adalah peserta tunggal yang lulus penuh dalam Ujian tersebut

Saturday, November 14, 2009

CIKGU HAMID BERPINDAH

Cikgu Abd Hamid B Jalil ( Pemimpin Pengakap Khas SMKIF ) telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pendidikan di SMK Panji Alam, Kuala Terengganu. Pihak Pengakap SMKIF mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya..

Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Mohamad B Muda ( Pen Pemimpin Pengakap Khas SMKIF) diatas pelantikan sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas SMKIF

PERKHEMAHAN PENGAKAP KELANA NEGERI TERENGGANU & KELANASISWA PANTAI TIMUR 2009

ASC kelana telah menyediakan kertas cadangan untuk mengadakan perkhemahan pengakap kelana negeri terengganu & kelanasiswa pantai timur 2009.. InsyaAllah jika mendapat kelulusan dari majlis exco MPNT perkhemahan tersebut akan diadakan pada 24 hingga 26 Disember 2009.. Ahli Pengakap Kelana SMKIF diminta bersedia.