Monday, December 28, 2009

PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2009

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Terengganu & Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan Ujian Pertarafan Pengakap Raja Negeri Terengganu pada 20-22 Disember 2009 yang lalu di Kem Telaga Batin.

Seramai 25 ahli pengakap remaja dari seluruh negeri Terengganu yang telah lulus Ujian Pra Pentarafan telah menyertai ujian tersebut. Ketua Trup Pengakap 007 Kuala Terengganu SMK Ibrahim Fikri,Muhammad Shahrul Nizam B Mohd Ghazali adalah salah seorang ahli pengakap yang telah layak untuk menghadiri Ujian tersebut,

Tahniah kepada beliau kerana setelah diuji & dinilai oleh para Penguji Pengakap Raja beliau telah lulus dalam ujian tersebut dan akan dianugerahkan Sijil Pengakap Raja yaang akan disamapaikan oleh DYMM Tuanku Pemangku Raja. Beliau adalah peserta tunggal yang lulus penuh dalam Ujian tersebut

No comments:

Post a Comment